Puluhan lagi paus terdampar, kali ini di New Zealand
Agensi
Oktober 17, 2020 15:45 MYT
Oktober 17, 2020 15:45 MYT
AUCKLAND: Renjer dan sukarelawan New Zealand berusaha menyelamatkan kira 25 ekor paus yang terdampar di sebuah pantai di utara negara itu, kata Jabatan Pemuliharaan pada Sabtu.
Sebanyak 40 ekor ikan paus dilihat berenang berhampiran pantai di air yang keruh dan cetek pada awal Sabtu sebelum beberapa dari mereka dilihat terdampar di pantai, kata jabatan itu dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.
Renjer dan sukarelawan yang berada di lokasi menyatakan mereka menghargai keprihatinan orang ramai, lapor The Straits Times.
Begitupun, mereka menegaskan buat masa ini mereka tidak memerlukan bantuan daripada orang luar dan boleh mengawal keadaan itu.
Air pasang berikutnya dijangka pada Sabtu malam dan mungkin boleh membuatkan paus itu selamat masuk semula ke dalam laut.
Wakil sukarelawan, Darren Grover memberitahu wartawan bahawa mereka berusaha untuk menjaga paus itu, memastikan kesemuanya kekal sihat dan akan berusaha mengembalikannya pada waktu petang.
Paus itu yang boleh membesar hingga lebih dari enam meter adalah spesis sama di mana lebih dari 376 ekor mati dalam perjalanan besar-besaran di Australia bulan lalu.