Puluhan cedera dalam kebakaran pangsapuri di New York
Agensi
Januari 2, 2018 04:52 MYT
Januari 2, 2018 04:52 MYT
Sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan cedera dengan empat daripadanya mengalami kecederaan serius selepas sebuah pangsapuri di New York terbakar pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi waktu tempatan itu, api dikatakan bermula di sebuah kedai perabot di tingkat pertama bangunan itu sebelum merebak ke tingkat atas yang menempatkan pangsapuri kediaman penduduk.
Bangunan yang terletak di sekitar kejiranan Bronx itu menempatkan lebih 12 pangsapuri yang mempunyai penghuni.
Lebih 20 anggota bomba New York dikerahkan bagi memadam kebakaran dan terpaksa berhadapan api sewaktu cuaca sejuk pada 10 darjah celsius di bawah paras beku. Namun berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya sekitar jam 2 petang.
Punca kejadian sedang dikenal pasti.
Khamis lalu 12 kanak-kanak maut dalam satu lagi kejadian kebakaran pangsapuri di New York.
Kebakaran itu dianggap terburuk dalam tempoh suku abad di bandar itu.
Ia dikatakan berpunca dari tindakan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun bermain api di dapur sebuah pangsapuri.