Puluhan anggota SWAT serbu pasar raya, suspek tembakan masih dikesan

Astro Awani
Mac 22, 2021 07:09 MYT
Kenderaan SWAT dengan puluhan anggota polis berpakaian taktikal dilihat memasuki premis tersebut. - Foto Twitter/Boulder Police Dept.
PIHAK berkuasa di Boulder, Colorado memberi amaran kepada penduduk di kawasan itu untuk kekal di kediaman masing-masing selepas dilaporkan berlaku siri tembakan di sebuah pasar raya.
Video secara langsung di luar pasar raya itu menunjukkan kenderaan SWAT dengan puluhan anggota polis berpakaian taktikal dilihat memasuki premis tersebut.
Turut kelihatan seorang lelaki tidak berpakaian dan bergari dilihat keluar dari pasar raya itu.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki tersebut yang dilihat mengalami pendarahan di bahagian kaki merupakan suspek kes tersebut.
Pada masa sama, pihak berkuasa masih belum membuat sebarang pengesahan sama ada terdapat mangsa yang maut atau tidak dalam kejadian itu.

Please avoid the area of Table Mesa & Broadway! This is still a very active scene. Do NOT broadcast on social media any tactical information you might see #BoulderShooting 1/2 pic.twitter.com/JE214XS86B

— Boulder Police Dept. (@boulderpolice) March 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#tembakan #maut #SWAT #polis #Colorado #tembakan di pasaraya
;