Pulau Peranginan Lombok sekali lagi digegarkan
Astro Awani
Ogos 19, 2018 13:17 MYT
Ogos 19, 2018 13:17 MYT
Pulau peranginan Lombok, Indonesia sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 6.3 pada Ahad.
Gempa bumi pada kedalaman 7.9 kilometer kembali melanda pulau itu merupakan gempa kuat ketiga dalam tempoh sebulan.
Sebelum ini, kira-kira 430 kematian dicatatkan dalam kejadian gempa bumi yang berlaku awal bulan ini.
Menurut Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) pusat gempa itu terletak di timur laut pulau itu iaitu di kaki Gunung Rinjani.
Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan dan pihak berkuasa masih menunggu berita sekiranya ada kecederaan atau kematian.
Lombok, yang terletak di sebelah timur Bali, destinasi pelancongan paling terkenal telah digegarkan oleh gempa dan gempa susulan sejak 29 Julai lalu, termasuk gempa berkekuatan 6.9 magnitud pada 5 Ogos.
Bencana alam itu menyebabkan Lombok mengalami kerugian berjumlah hampir RM1.4 bilion.
Lebih 350,000 orang melarikan diri dari rumah mereka selepas gempa itu dan mendapatkan perlindungan di khemah-khemah di lapangan terbuka yang disediakan pihak berkuasa Indonesia.
#Gegar
#gempa bumi
#Gunung Rinjani
#kematian
#Lombok
#pulau peranginan
#Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat
#tsunami
#USGS