AS pulangkan keranda kayu milik Mesir

Astro Awani
Januari 3, 2023 08:00 MYT
Keranda kayu ini dipercayai diseludup menerusi Jerman ke Amerika Syarikat pada tahun 2008. - Foto AP
KAHERAH: Muzium Sains Asli Houston mengembalikan keranda kayu purba Mesir yang dipamerkan di muzium tersebut.
Ini selepas pihak berkuasa negara itu mendapati keranda berkenaan dicuri beberapa tahun lepas.
Proses repatriasi ini adalah sebahagian usaha kerajaan Mesir menghentikan pemerdagangan haram barangan antik yang dicuri.
Keranda berkenaan dipercayai dari era zaman dinasiti purba Mesir, pada tahun 664 sebelum Masihi.
Ia berukuran tiga meter tinggi dengan warna terang.
Artifak purba itu diserahkan menerusi satu majlis simbolik.
Penyerahan dilakukan selepas lebih tiga bulan Mahkamah Daerah Manhattan mengesahkan keranda itu dicuri.
Ia dipercayai diseludup menerusi Jerman ke Amerika Syarikat pada tahun 2008.
Pada 2021, pihak berkuasa Kaherah berjaya memperoleh semula 5,300 artifak yang dicuri dari seluruh dunia.
#Muzium Sains Asli Houston #keranda kayu purba Mesi #barangan antik #pemerdagangan haram
;