Puerto Rico bergegar lagi, kali ini gempa berukuran 5.9 magnitud
Astro Awani
Januari 11, 2020 06:48 MYT
Januari 11, 2020 06:48 MYT
Satu gempa bumi berkekuatan 5.9 magnitud menggegarkan Puerto Rico pada Sabtu.
Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat, gempa yang berlaku pada jam 8.54 pagi waktu tempatan itu melanda 8 batu di tenggara Guanica dengan kedalaman 3 batu.
Ia diikuti beberapa gempa susulan, termasuk gegaran bermagnitud 5.2 kurang dua minit kemudian, lapor CNN.
Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Gempa ini berlaku empat hari selepas gegaran berkekuatan 6.4 magnitud dan gegaran kecil susulan di kawasan sama sepanjang 15 hari lalu.
Ia turut menyebabkan rumah dan sekolah runtuh serta kerosakan lain di sepanjang pantai selatan pulau itu.