Puak Sunnah Iraq terus protes
Astro Awani
Januari 2, 2013 07:28 MYT
Januari 2, 2013 07:28 MYT
Puak Sunnah Iraq meneruskan demonstrasi bagi membantah layanan kelas kedua yang diterima daripada kerajaan.
Protes ribuan penduduk di Wilayah Anbar dan beberapa kawasan Sunnah yang lain sudah berlarutan sejak lebih seminggu yang lalu.
Namun tiada sebarang keganasan dilaporkan dalam protes yang tercetus selepas pengawal peribadi Menteri Kewangan Sunni Rafia Al Issawi ditahan.
Penduduk Sunnah menuntut khidmat kerajaan yang lebih baik dan pembebasan banduan. Pemimpin Syiah Mutadar Al Sadar bagaimanapun menyokong tuntutan puak Sunnah selagi mereka tidak menimbulkan kekecohan.
Ini memberi sedikit tekanan kepada Perdana Menteri Naouri Al Maliki yang tidak memberi sebarang jawapan sebaliknya mengeluarkan ugutan kepada penunjuk perasaan.