Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Bernama
Disember 24, 2024 22:50 MYT
Disember 24, 2024 22:50 MYT
ISTANBUL: Puak bersenjata di Syria bersetuju pada Selasa untuk membubarkan diri dan bergabung di bawah Kementerian Pertahanan, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media rasmi.
Agensi berita SANA melaporkan langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
Bashar Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim menguasai Damsyik pada 8 Disember, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.
Pengambilalihan itu berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham (HTS) menawan bandar utama dalam serangan kilat yang berlangsung kurang dari dua minggu.
-- BERNAMA