PRU Thailand: 2.15 juta daftar undi awal
Bernama
April 10, 2023 05:45 MYT
April 10, 2023 05:45 MYT
BANGKOK: Kira-kira 2.15 juta rakyat Thailand telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.
Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sawaeng Boonmee berkata seramai 2,153,450 pengundi telah mendaftar sejak pendaftaran dibuka pada 25 Mac dan berakhir pada Ahad.
"Sekitar 2,042,381 rakyat di Thailand mendaftar untuk mengundi awal pada 7 Mei, manakala baki 111,069 lagi warga Thailand yang tinggal di luar negara mendaftar dengan SPR," katanya.
Bilangan pengundi awal dijangka bertambah kerana terdapat borang pendaftaran melalui pos yang masih belum tiba di pejabat SPR, katanya.
Sementara itu, Sawaeng berkata laman sesawang dan aplikasi pendaftaran SPR mengalami gangguan pada Ahad, bermula 8 malam hingga 11.45 malam (waktu tempatan) ekoran ramai mendaftar pada saat akhir.
Kementerian Luar telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas sistem pendaftaran pengundian luar negara dalam talian, untuk memastikan pendaftaran pengundian boleh diakses oleh semua warga Thailand yang tinggal di luar negara,
Pengundi di luar negara akan mengundi di kedutaan atau konsulat jeneral atau melalui pos, seperti ditetapkan oleh kedutaan/konsulat jeneral Thailand di negara masing-masing.
UNDI AKAN DIKIRA DI THAILAND
Kira-kira 52 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab memilih 400 wakil rakyat dan 100 calon 'party-list' akan diputuskan melalui perwakilan berkadar.
-- BERNAMA