Protes Thailand: Sami Buddha dilarang sertai demonstrasi
Saraya Mia
November 12, 2020 05:44 MYT
November 12, 2020 05:44 MYT
BANGKOK: Pejabat Buddha Kebangsaan (NOB) Thailand mengeluarkan perintah baharu yang melarang sami agama Buddha daripada menyertai sebarang protes di dalam negara.
Menurut ketua pengarah NOB Narong Songarom, sami yang ingkar bakal berdepan tindakan penamatan keahlian.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas terdapat laporan media dan foto yang tersebar menunjukkan individu berjubah sami berwarna jingga terlibat dalam demonstrasi menentang kerajaan.
Ada di antara individu berjubah itu memegang papan tanda menuntut hak untuk mengundi.
Undang-undang Thailand tidak membenarkan golongan sami mengundi, bertujuan memelihara kesucian agama Buddha.
Dalam pada itu, kerajaan Thailand mengarahkan agar agensi khas dikerahkan untuk memantau dan mengenal pasti individu berpakaian seperti sami adalah sami sebenar atau palsu.
Setakat ini, seorang sami telah dikenal pasti terlibat dengan demonstrasi pro-demokrasi di Bangkok.
#Thailand
#protes
#sami
#Buddha
#Pejabat Buddha Kebangsaan
#NOB
#Narong Songarom
#hak untuk mengundi