Protes Thailand: Rakyat bantah keputusan usul undi tidak percaya
Hafizi Rosli
Februari 21, 2021 09:21 MYT
Februari 21, 2021 09:21 MYT
PENUNJUK perasaan anti-kerajaan Thailand kembali mengadakan protes di luar bangunan Parlimen di Bangkok.
Bantahan tercetus selepas Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dan sembilan Menteri Kabinet terselamat daripada undi tidak percaya yang diusulkan pada Sabtu.
Bagi kumpulan yang memprotes ini, undian terhadap usul itu tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Sebaliknya, mereka berpandangan, rakyat ketika ini sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan.
Ini bukan kali pertama kerajaan pimpinan Chan-o-cha terselamat daripada undi tidak percaya sejak mengambil alih pada Julai 2019.
Kerajaan ini berdepan dakwaan salah urus ekonomi, mengawal peruntukan vaksin COVID-19, mencabuli hak asasi manusia dan mengamalkan rasuah.
Tahun lalu, Chan-o-cha dan lima menteri kabinetnya turut terselamat daripada usul undi tidak percaya di Dewan Rendah.
#Thailand
#tunjuk perasaan
#politik
#Prayut Chan-O-Cha
#undi
#undi tidak percaya
#Parlimen
#Bangkok
#hilang kepercayaan
#ekonomi
#Rasuah
#kerajaan
#Penunjuk perasaan
#protes
#vaksin
#COVID-19
#menteri
#selamat