Protes Pemandu Trak: Polis Kanada mula tangkap peserta demonstrasi

Astro Awani
Februari 13, 2022 07:52 MYT
Demonstrasi selama tujuh hari itu diadakan berhampiran Ambassador Bridge yang menghubungkan Detroit ke loji kereta Kanada. - Foto REUTERS
WINDSOR: Polis Kanada bertindak membersihkan dan menangkap baki penunjuk perasaan berhampiran sempadan Amerika Syarikat-Kanada bagi menamatkan demonstrasi menentang sekatan COVID-19 yang telah menjejaskan ekonomi kedua-dua negara.
Pihak berkuasa berkata, kesemua kenderaan berat yang menghalang laluan akan ditarik.
Demonstrasi selama tujuh hari itu diadakan berhampiran Ambassador Bridge yang menghubungkan Detroit ke loji kereta Kanada.
Banyak gesaan yang meminta penunjuk perasaan supaya bersurai.
Sebelum ini, penunjuk perasaan mengecam mandat vaksin untuk pemandu trak dan sekatan COVID-19 yang lain.
Bagaimanapun, banyak langkah kesihatan awam Kanada, seperti peraturan pelitup muka dan pasport vaksin untuk masuk ke restoran dan teater, sudah dimansuhkan susulan jangkitan Omicron mula menurun.
Sekatan wabak di Kanada jauh lebih ketat berbanding di Amerika Syarikat, bagaimanapun langkah itu disokong oleh warga Kanada.
Sebilangan besar rakyat Kanada juga telah menerima vaksin, manakala kadar kematian COVID-19 adalah satu pertiga daripada Amerika Syarikat.
#tunjuk perasaan #pemandu trak #COVID-19 #sekatan
;