Protes mega Bangkok: Polis Thailand nafi berlembut dengan penunjuk perasaan

Khairunnisa Kasnoon
Oktober 18, 2020 20:29 MYT
Polis Thailand memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya mematuhi undang-undang ada bagi mengelakkan tindakan. -Reuters
BANGKOK: Polis Thailand menolak dakwaan menggunakan pendekatan yang lembut terhadap penunjuk perasaan antikerajaan selepas beberapa protes mega berakhir dengan aman pada Sabtu.
Pada Jumaat, pihak berkuasa menggunakan meriam air bagi menyuraikan protes mega di beberapa persimpangan jalan utama di Bangkok.
Penunjuk perasaan bagaimanapun kembali berkumpul pada Ahad.
"Tidak ada formula apa yang kami harus lakukan atau apa yang tidak harus kami lakukan, tetapi apa yang ingin saya tegaskan adalah untuk memberi peringatan kepada masyarakat tentang undang-undang.
"Masyarakat harus patuhi undang-undang. Gagal berbuat demikian, pihak berkuasa harus bertindak dengan sewajarnya. Ia bergantung kepada keadaan semasa," ujar jurucakap Jabatan Polis Thailand, Kolonel Kissana Phatanacharoen.
Pemimpin protes pada Sabtu menggunakan taktik baharu dengan mengarahkan kumpulan penunjuk perasaan berpecah kepada beberapa lokasi, sekali gus menyukarkan polis untuk bertindak lebih agresif.
#Thailand #Bangkok #polis #protes #undang-undang #protes mega #polis berlembut #nafi #meriam air
;