Protes kematian George masih belum reda
Astro Awani
Jun 11, 2020 08:00 MYT
Jun 11, 2020 08:00 MYT
PROTES terhadap kejadian menimpa George Floyd masih belum reda.
Desakan kini tertumpu kepada tuntutan reformasi sistem perundangan untuk mengelak kejadian berulang.
Di Washington, penunjuk perasaan menghasilkan lukisan dan seni kolaj bagi memperingati Floyd. Hasil seni ini kemudian digantung di pagar Dataran Lafayette.
Dataran Lafayette adalah satu satu lokasi popular untuk protes politik serta acara ucapan bebas.
Protes turut mengambil tempat di beberapa negara Eropah.
Di Belanda, ribuan penduduk menyertai perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada gerakan Black Lives Matter.
Acara berlangsung di taman yang dinamakan sempena ikon anti apartheid Afrika Selatan, Nelson Mandela. Ini adalah siri terbaharu protes di bandar-bandar negara berkenaan susulan kematian Floyd.
Sementara itu di Paris, perhimpunan memperingati kematian Floyd berlangsung secara aman di Place De La Republique. Ia diadakan bersempena pengkebumian Floyd.
Perhimpunan ini mengumpulkan hampir 3,000 ribu peserta.