"Protes kami belum berakhir" - Greta Thunberg
Agensi
Januari 20, 2020 13:05 MYT
Januari 20, 2020 13:05 MYT
AKTIVIS Sweden, Greta Thunberg berarak dengan 10,000 penunjuk perasaan di bandar Lausanne, Switzerland pada Jumaat sambil melaungkan “protes kami belum berakhir” sebelum ke Davos, Switzerland pada Selasa ini untuk mencabar ahli elit kewangan global bagi memerangi perubahan iklim.
Thunberg, 17, melancarkan gerakan #FridaysforFuture yang mencetuskan protes di seluruh dunia, mengecam kekurangan tindakan kerajaan untuk mengurangkan pelepasan haba sebelum terlambat.
"Kita kini berada dalam tahun baharu dan kita telah memasuki satu dekad baharu dan setakat ini, dalam dekad ini, kita tidak melihat apa-apa pun bahawa tindakan iklim sebenar yang dilakukan dan itu perlu berubah.
"Kepada para pemimpin dunia dan mereka yang berkuasa, saya ingin mengatakan bahawa anda belum melihat apa-apa lagi, protes ini belum berakhir. Dan itulah mesej yang akan kami bawa ke Forum Ekonomi Dunia di Davos minggu depan," kata Thunberg dalam ucapannya di Lausanne.
BACA: Greta pulang, tinggal kesan bukan kepalang
Sebelum ini, Ketua dan Pengasas Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab mengesahkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan aktivis perubahan iklim Greta Thunberg akan kembali dalam persidangan tahunan WEF di Davos tahun ini, sambil menjangkakan bahawa tumpuan kepada keprihatinan alam sekitar akan menjadi topik utama.
Schwab berkata, kehadiran Trump dialu-alukan kerana peranannya di pentas dunia manakala Thunberg akan memberi tumpuan kepada alam sejagat.
Kedua-duanya akan bercakap pada hari pembukaan pada Selasa.
Kata Schwab, melihat perubahan besar dalam sektor perniagaan, komuniti dan budaya sejak 50 tahun WEF diadakan, kini forum yang pada mulanya diadakan buat pemimpin perniagaan menjadi kunci utama bagi penggubal undang-undang dan aktivis.
Ini susulan, tahun ini banyak isu yang berkaitan suhu panas melampau, kebakaran liar di luar kawalan dan pencairan ais dan isu alam sekitar yang dianggap sebagai lima risiko jangka panjang yang dihadapi ekonomi global.
Berikutan satu lagi tahun yang melampau panas, kebakaran liar di luar kawalan dan lembaran ais lebat, isu alam sekitar dianggap sebagai lima risiko jangka panjang yang dihadapi dalam ekonomi global, kata WEF.
Bagaimanapun, kata Schwab, tumpuan terhadap alam sekitar adalah subjek yang kurang selesa buat Trump di mana pentadbirannya telah meminta penggunaan karbon arang yang lebih meluas.
Trump juga mengeluarkan AS daripada perjanjian Paris 2015 untuk melawan perubahan iklim.