Protes jalanan seluruh India

Astro Awani
Disember 23, 2012 06:42 MYT
Biarpun kerajaan memberi jaminan akan mempertimbangkan hukuman mati penalti kepada enam suspek kes rogol beramai-ramai, namun ia tidak mampu meredakan kemarahan orang ramai di india.
Sebaliknya mereka turun ke jalanan dan melakukan protes di seluruh negara. Serangan itu sudah seminggu berlalu.
Polis juga memberi jaminan langkah proaktif telah diambil bagi memastikan keselamatan wanita.
Namun ia gagal meredakan keadaan.
Pada Ahad, polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan tunjuk perasaan yang bertukar ganas.
Mereka cuba memasuki Istana Presiden untuk menyampaikan tuntutan agar kes itu diadili dengan sewajarnya.
Selain Istana Presiden, kawasan kediaman Perdana Menteri dan menteri kabinet turut dikawal ketat.
16 Disember lalu, seorang gadis pelajar perubatan berusia 23 tahun dirogol enam lelaki di dalam sebuah bas.
Selain dirogol, gadis berkenaan dipukul dan dihumban keluar ketika bas sedang bergerak.
#India #jalanan #protes #rogol
;