Protes Iran: Polis maut ditembak penunjuk perasaan
Agensi
Januari 1, 2018 05:14 MYT
Januari 1, 2018 05:14 MYT
Seorang anggota polis maut ditembak dalam protes di Iran, kes pertama dilaporkan membabitkan pasukan keselamatan yang bergelut mengawal kekacauan yang mencabar kepimpinan di negara itu.
Anggota polis itu maut apabila penunjuk perasaan melepaskan tembakan di pusat bandar Najafabad, yang turut mencederakan tiga anggota lain, menurut jurucakap polis, Saeed Montazer al-Mahdi.
Media tempatan melaporkan, penunjuk perasaan yang bersenjata cuba merampas pangkalan polis dan tentera.
Protes yang masuk hari kelima itu menyaksikan 13 orang terbunuh dan ratusan yang lain ditahan dalam gelombang teruk yang paling teruk sejak tahun 2009, dalam protes jalanan yang menuntut pemilihan semula presiden ketika itu, Mahmoud Ahmadinejad.
Protes sebagai memberi tekanan kepada para pemimpin yang berkuasa semenjak Revolusi Islam 1979, serta Presiden Hassan Rouhani yang membuat kenyataan bahawa Iran berhak mengkritik tetapi tidak boleh menyebabkan kerusuhan.
#anggota polis maut
#ditembak
#Hassan Rouhani
#Iran
#Islam
#keselamatan
#Mahmoud Ahmadinejad
#maut
#polis
#protes
#tunjuk perasaan