Protes Hong Kong yakinkan rakyat Taiwan sokong Ing-wen

Hafiz Marzukhi
Januari 9, 2020 06:48 MYT
Protes yang berlaku di Hong Kong telah sedikit sebanyak mempengaruhi peralihan sokongan rakyat Taiwan kepada Presiden Tsai Ing-wen.
Protes yang berlaku di Hong Kong telah sedikit sebanyak mempengaruhi peralihan sokongan rakyat Taiwan yang akan berdepan Pilihan Raya Presiden Sabtu ini.
Ini kerana protes tersebut memberi keyakinan kepada rakyat Taiwan bahawa konsep '1 Negara 2 Sistem' yang dipelopori Beijing tidak dapat diterima atau diguna pakai.
Ketua Jabatan Penyelidikan Antarabangsa dan Strategik dari Universiti Malaya Dr Roy Anthony Rogers berkata, sentimen ini memberi kelebihan kepada penyandang iaitu Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dari Parti Progresif Demokratik (DPP)
"Rakyat Taiwan mengikuti rapat apa yang berlaku di Hong Kong dan setakat ini, mesej dari China untuk menggunakan konsep 1 Negara 2 Sistem kepada Taiwan tidak berjaya.
"Malah, apa yang berlaku di Hong Kong memberi keyakinan kepada rakyat Taiwan bahawa konsep ini tidak boleh diguna pakai di Taiwan," katanya ketika sesi temubual Consider This di Astro AWANI pada Khamis malam.
Ing-wen sedang mendahului kebanyakan bancian sokongan utama berbanding dua pencabarnya Datuk Bandar Kaohsiung Han Kuo-yu dari Parti Kuomintang (KMT) dan Pengerusi People First Party James Soong.
#DPP #Han Kuo-yu #James Soong #KMT #Kuomintang #People First Party #pilihan raya presiden #Taiwan #Tsai Ing-Wen
;