Protes ganas Sasolburg masuk hari ketiga
Astro Awani
Januari 23, 2013 13:43 MYT
Januari 23, 2013 13:43 MYT
Protes ganas di luar Sasolburg, Afrika Selatan masuk hari ketiga.
Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata, peluru gerah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan berhampiran Zamdela.
Setakat ini, beberapa penunjuk perasaan, polis dan seorang wartawan dilaporkan cedera.
Protes dikatakan berpunca daripada rancangan persempadanan semula perbandaran yang akan menyaksikan sasolburg digabungkan dengan Ngwathe.
Penduduk bimbang penggabungan ini bakal memburukkan lagi proses penyampaian perkhidmatan awam.
Setakat ini 150 penunjuk perasaan sudah ditahan dan perniagaan masih ditutup.