Protes di Myanmar: Petugas media mati ditembak di kepala
Astro Awani
Februari 21, 2021 09:02 MYT
Februari 21, 2021 09:02 MYT
PETUGAS media antara dua yang maut dalam pertempuran penunjuk perasaan dan junta tentera di Myanmar.
Lapor agensi berita AP, mangsa, Lin Khaing, penolong pengarang Voice of Myanmar meninggal dunia akibat ditembak di kepala.
Sementara itu, puluhan lagi penunjuk perasaan cedera dalam pertempuran terbaru ini.
Menurut laporan media, junta didakwa menggunakan peluru hidup, meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan di bandar Mandalay.
Sejumlah 500 anggota polis dan tentera dikerah ke bandar itu, selepas protes semakin besar.
Penunjuk perasaan terdiri daripada pekerja pelabuhan, yang mengancam akan terus mogok selagi junta tidak mengembalikan pentadbiran awam.
Pada masa sama, penduduk tempatan terpaksa melarikan diri susulan keganasan berterusan.