TEHRAN: Protes yang dicetuskan oleh kematian seorang wanita muda dalam tahanan polis berterusan di seluruh Iran pada Ahad sebagai menentang tindakan keras pihak berkuasa.
Kumpulan hak asasi manusia berkata, sekurang-kurangnya 185 orang, termasuk kanak-kanak telah terbunuh dalam demonstrasi itu.
Protes antikerajaan yang bermula pada 17 September semasa pengebumian Mahsa Amini yang berusia 22 tahun di bandar Kurdish, Saqez, telah bertukar menjadi cabaran terbesar kepada pemimpin ulama Iran.
Penunjuk perasaan menyeru kejatuhan pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.
Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Norway berkata, sekurang-kurangnya 185 orang termasuk 19 kanak-kanak telah terbunuh dalam tunjuk perasaan di seluruh Iran.
Jumlah pembunuhan tertinggi berlaku di wilayah Sistan dan Baluchistan dengan separuh daripada jumlah yang direkodkan.
Pihak berkuasa menyifatkan protes itu sebagai rancangan musuh Iran termasuk Amerika Syarikat.
Mereka telah menuduh penentang bersenjata antara lain melakukan keganasan yang dilaporkan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 20 anggota pasukan keselamatan terbunuh.
Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan protes di berpuluh-puluh bandar di seluruh Iran dengan ratusan pelajar sekolah menengah universiti mengambil bahagian.
Pihak berkuasa cuba meleraikan penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata dan terdapat juga kes peluru hidup yang digunakan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Iran telah menafikan bahawa peluru hidup telah digunakan.
Astro Awani
Mon Oct 10 2022
Pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan demonstrasi di depan Universiti Tehran. - Foto AP
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Setahun Gaza berdarah, kumpulan pro-Palestin protes di Buenos Aires, Lima
Kumpulan pro-Palestin turun ke jalanan di Buenos Aires dan Lima sebagai memperingati ulang tahun pertama serangan Israel terhadap Hamas yang mencetuskan konflik di Gaza pada Isnin.
Penunjuk perasaan bakar diri ketika himpunan pro-Palestin berdekatan White House - Laporan
Demonstrasi bermula di luar Rumah Putih dan berlangsung secara aman.
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar ekspo industri pertahanan Australia
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan memukul gendang serta melaungkan "free Palestine" di Melbourne.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menteri Luar Nigeria beri amaran campur tangan asing dalam protes kos sara hidup
Tuggar minta sokongan kolaboratif komuniti antarabangsa dalam menangani cabaran ekonomi dan memastikan kehidupan lebih baik untuk rakyatnya.
Parlimen Bangladesh dibubarkan, buka ruang pembentukan kerajaan sementara
Keputusan itu diambil berikutan pertemuan dengan ketua-ketua pasukan pertahanan, pemimpin parti politik, pemimpin pelajar dan beberapa wakil masyarakat sivil, menurut kenyataan tersebut.
Protes antipendatang merebak ke barat daya England
Protes antipendatang dilaporkan merebak ke Plymouth di barat daya England pada Isnin.
Protes besar-besaran bermula di Nigeria akibat kesukaran ekonomi, krisis makanan
Protes dilapor bermula awal di Lagos, hab komersial Nigeria, walaupun kerajaan mengambil langkah untuk menghentikan demonstrasi.
Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.
10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis
Demonstrasi pada Ahad menentang kerajaan Netanyahu dan menentang pengecualian kepada lelaki Yahudi ultra-ortodoks daripada perkhidmatan tentera.