Protes berterusan di Venezuela, bantah penyingkiran Capriles

Agensi
April 9, 2017 12:48 MYT
Protes anti kerajaan itu turut merebak ke perkarangan mahkamah tinggi pada Sabtu. - Foto REUTERS
Ribuan penyokong pemimpin pembangkang Venezuela meneruskan protes besar-besaran di Caracas bagi membantah tindakan kerajaan negara itu yang menyingkirkan Henrique Capriles dari ibu pejabatnya di negara itu.
Protes anti kerajaan itu turut merebak ke perkarangan mahkamah tinggi pada Sabtu.
Ketegangan yang dicetuskan penunjuk perasaan dalam protes anti kerajaan itu memaksa polis menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan mereka.
Capriles memegang jawatan sebagai pemimpin utama pembangkang Venezuela sejak lima belas tahun lalu.
Beliau sebelum ini pernah dua kali hampir menang jawatan presiden negara itu.
Sebelum ini, pemimpin Parti Sosialis menuduh Capriles cuba mencetuskan ketegangan dan pertumpahan daran semasa kepimpinannya.
#Caracas #Henrique Capriles #protes #Venezuela
;