Protes Bangkok: Penunjuk perasaan adakan 'Mob Fest' menjelang demonstrasi mega 21 Nov

Khairunnisa Kasnoon
November 14, 2020 05:52 MYT
Penunjuk perasaan di Thailand mengadakan demostrasi yang digelar 'Mob Fest' anti-kerajaan di Monumen Demokrasi Bangkok pada Sabtu. -Reuters
BANGKOK: Penunjuk perasaan di Thailand mengadakan demostrasi yang digelar 'Mob Fest' anti-kerajaan di Monumen Demokrasi Bangkok pada Sabtu.
Penganjur memaklumkan, protes itu sebagai pembukaan kepada perhimpunan besar yang dirancang pada 21 November nanti.
Gerakan pro-demokrasi Thailand menuntut pengunduran Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha dan perubahan pada perlembagaan untuk menjadikannya lebih demokratik.
Selain itu mereka juga mahu pembaharuan kepada monarki untuk menjadikan ia lebih bertanggungjawab.
Para penunjuk perasaan percaya Prayuth tidak memiliki kelayakan sebagai perdana menteri kerana kuasa yang dimiliki selepas pilihan raya diadakan di bawah garis panduan pemerintahan tentera.
#Thailand #Bangkok #Penunjuk perasaan #mob fest #Monumen Demokrasi Bangkok #perhimpunan mega #Prayuth Chan-ocha
;