Protes ambang tahun baru India

Astro Awani
Disember 31, 2012 23:28 MYT
Kumpulan aktivis dan masyarakat sivil di India berhimpun diambang tahun baru meneruskan tekanan terhadap kerajaan berhubung isu perlindungan terhadap wanita.
Protes demi protes tetap diteruskan sehari selepas kematian mangsa rogol beramai-ramai 16 Disember.
Protes berlangsung aman bercampur suasana hiba mengenang kematian gadis 23 tahun yang bertarung nyawa selama 15 hari akibat kekejaman dan kerakusan enam lelaki di dalam sebuah bas.
Protes terbaru ini juga menyaksikan desakan yang sama dilaungkan.
Perlindungan terhadap wanita dan undang-undang lebih keras diwujudkan terhadap penjenayah terhadap wanita.
Malah pasca kes rogol ini juga menyaksikan perdebatan hangat mengenai pendekatan menangani jenayah rogol.
Antaranya pertembungan pendapatadalah mengenai isu pekaian wanita.
#gadis 23 tahun #India #isu pakaian wanita #kes rogol #protes
;