Protes aman bantah tambang pengangkutan awam naik bertukar ganas di Brazil
APTN
Januari 9, 2016 22:13 MYT
Januari 9, 2016 22:13 MYT
Protes aman di Sao Paulo bertukar ganas apabila beberapa penunjuk perasaan bertopeng mula membaling batu ke arah polis pada Jumaat.
Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata, semburan lada dan bom asap bagi meleraikan demonstrasi ganas itu, yang membantah kenaikan lapan peratus tambang bas serta keretapi bawah tanah di bandar terbesar di Brazil.
Satu lagi protes yang membantah kenaikan harga bas, turut berlaku di Rio De Janeiro dan Belo Horizonte.
TONTON : Protes 'tambang naik' bertukar ganas di Brazil
"Kami mahu memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menurunkan harga tambang seperti protes tahun lepas.
"Kami akan bercakap dengan pihak berkuasa apabila orang ramai turun di sini kerana pihak berkuasa gagal dalam perkara ini," kata salah seorang penunjuk perasaan yang juga pemimpin kesatuan pelajar, Marcelo Schmidt.
Kelembapan pasaran ekonomi yang berlaku di Brazil pada ketika ini, Datuk Bandar Rio, Eduardo Paes menaikkan harga tambang bas di Sao Paulo, sebuah bandar terbesar di negara berkenaan dari 3.50 reais (RM 3.84) kepada -3.80 reais (RM4.17).
Demonstrasi seumpama ini, pernah berlaku di Brazil pada Jun 2013, yang menuntut perkhidmatan awam yang lebih baik, dan mengecam usaha kerajaan yang membelanjakan berbillion ringgit untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016.