Prosiding pendakwaan Trump bermula minggu depan
Astro Awani
Januari 23, 2021 08:37 MYT
Januari 23, 2021 08:37 MYT
PROSIDING perbicaraan bagi pendakwaan bekas Presiden Donald Trump kerana berperanan dalam rusuhan di Capitol Hill ditetapkan bermula di hadapan Senat minggu depan.
Perkara itu dinyatakan pemimpin majoriti Demokrat, Chuck Shcumer.
Menurut beliau, Isnin ini, Dewan Perwakilan akan membacakan pendakwaan kepada Senat, sekali gus membolehkan perbicaraan dimulakan.
Senat Amerika Syarikat disertai 100 anggota.
Dalam pada itu, Schumer memberi jaminan prosiding akan berlangsung dengan adil.
Pendakwaan Trump menjadi satu-satunya prosiding yang dijalankan sebaik sahaja presiden mengosongkan White House berikutan tamat penggal pemerintahannya.
Trump pulang ke Florida apabila penggal pemerintahannya berakhir pada Rabu dan tidak menghadiri upacara angkat sumpah penggantinya, Joe Biden.
Dalam sejarahnya, Trump menjadi satu-satunya Presiden Amerika Syarikat yang didakwa sebanyak dua kali.