BEIJING: Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) pertama yang bakal digunakan untuk laluan Jakarta-Bandung, Indonesia kini berada di fasa akhir pembinaan.
Pembinaan projek itu dilaksanakan oleh syarikat Qingdao milik Kumpulan Zhongche China (CRRC).
Projek itu menggunakan gerabak HSR buatan China yang pertama kali dieksport ke luar China dan ia mampu beroperasi dengan kelajuan sehingga 350 kilometer sejam.
HSR Jakarta-Bandung dibina menggunakan teknologi HSR Fuxing China, yang terkenal kerana mempunyai kelajuan paling tinggi di dunia.
Untuk memastikan kereta api itu mampu beroperasi dengan lancar, pembinaannya turut mengambil kira keadaan kawasan di Indonesia.
Projek itu adalah satu daripada program di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kerjasama substantif China-Indonesia.
Ia juga merupakan 'surat tempahan' asing pertama yang ditangani China, melibatkan seluruh sistem pengendalian HSR buatan China dan rantaian industri perkilangan yang lengkap.
Untuk rekod, Konsortium Kontraktor HSR yang ditubuhkan oleh Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) menandatangani kontrak EPC dengan Syarikat Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) pada 4 April 2017, manakala projek bermula secara menyeluruh pada 9 Jun 2018.
Sebanyak 13 terowong sepanjang laluan HSR Jakarta-Bandung telah siap sepenuhnya pada 21 Jun 2022, dan pembinaan landasan kereta api menggunakan balast (batu kelikir) pula siap dibina pada 1 Julai.
Sebagai HSR yang pertama di rantau Asia Tenggara dan projek penting di bawah kerangka inisiatif BRI, masa perjalanan untuk perjalanan kira-kira 142 kilometer antara Jakarta dengan Bandung dijangka dapat berkurangan kepada 40 minit berbanding tiga jam. - BERNAMA
PROJEK PEMBINAAN HSR PERTAMA JAKARTA-BANDUNG KINI DI FASA AKHIR
Projek pembinaan HSR pertama Jakarta-Bandung kini di fasa akhir
Bernama
Fri Aug 05 2022
![Projek pembinaan HSR pertama Jakarta-Bandung kini di fasa akhir Projek pembinaan HSR pertama Jakarta-Bandung kini di fasa akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659694799_TBHSR.jpg)
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) pertama yang bakal digunakan untuk laluan Jakarta-Bandung, Indonesia kini berada di fasa akhir pembinaan. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710402193_AnthonyLoke.jpg)
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
![7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura 7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705318661_hsrklsingapura.jpg)
7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.
![Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705297261_TBHSRjpg.jpg)
Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.
![Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705134162_AnthonyLoke.jpg)
Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.
![HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610105349_HSRKualaLumpurSi.jpg)
HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.
![HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702623165_MahkamahKualaLumpu.jpg)
HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.
![Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702567591_TBAminuddin.jpg)
Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.
![Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702189773_TBLOKE.jpg)
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
![HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695198372_tbAnthonyLokeParl.jpg)
HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
![HSR Jakarta-Bandung jadi contoh baik di Asia Tenggara - Setiausaha Agung ASEAN HSR Jakarta-Bandung jadi contoh baik di Asia Tenggara - Setiausaha Agung ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695795828_KaoKimHourn.jpg)
HSR Jakarta-Bandung jadi contoh baik di Asia Tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn berkata kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung bukan sahaja merupakan HSR pertama di Indonesia bahkan di Asia Tenggara dan menjadi contoh baik di rant