Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini

Bernama
Januari 23, 2025 06:30 MYT
Pelajar menikmati makanan daripada program makanan berkhasiat percuma di sebuah sekolah di Jakarta, Indonesia, 6 Jan 2025. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Program makanan percuma Indonesia telah menjangkau 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah, menurut Presiden Prabowo Subianto, lapor Xinhua.
"Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
"Pada bulan September, kami berharap dapat menampung 15 juta kanak-kanak dan menjelang akhir 2025, matlamat kami adalah untuk semua kanak-kanak Indonesia menerima makanan berkhasiat," kata Prabowo semasa sesi kabinet pleno di Pejabat Presiden pada Rabu.
"Ini adalah isu strategik. Kami mengukuhkan masa depan Indonesia. Kanak-kanak Indonesia mestilah kuat, bijak, bersemangat dan mampu bersekolah dengan berkesan. Saya percaya dalam masa terdekat, kita akan melihat peningkatan prestasi akademik anak-anak kita," tambahnya.
Program yang bermula pada 6 Jan itu dijangka meluaskan skopnya untuk melibatkan bukan sahaja pelajar tetapi juga wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
-- BERNAMA
#Indonesia #program makanan percuma #Prabowo Subianto #kanak-kanak Indonesia
;