Profesor paksa pelajar buat tesis untuk anak masuk universiti elit
Asyraf Roslan
Mac 27, 2019 11:23 MYT
Mac 27, 2019 11:23 MYT
Demi kasih kepada anak, seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja termasuk melakukan perkara yang bertentangan dengan etika kemanusiaan.
Pensyarah yang bergelar profesor di Universiti Syungkyunkwan,Seoul, Korea Selatan telah memaksa seorang pelajarnya melakukan kajian (tesis) dalam masa tiga bulan dan mendapatkan dapatan sebelum anak perempuannya menerbitkan jurnal tersebut atas namanya sendiri.
Profesor berkenaan sanggup melakukan penipuan tersebut semata-mata untuk memasukkan anaknya ke sekolah perubatan pergigian elit.
Pendedahan tersebut dimuatkan dalam laporan kerajaan berhubung dengan skandal baharu yang melibatkan sistem pendidikan kompetitif di Korea Selatan.
Kementerian Pendidikan Korea Selatan juga telah meminta pendakwa raya untuk menyiasat perkara tersebut sekirannya terdapat perlanggaran undang-undang.
"Kementerian juga akan meminta pihak universiti untuk mengugurkan gelara profesor tersebut di atas tindakan tidak bermoral itu," kata salah seorang pegawai pendidikan kepada media di Korea Selatan.
Siasatan mendapati, pelajar yang dipaksa untuk membuat kerja-kerja tersebut telah dibayar oleh profesor tersebut dengan upah sebanyak (RM1,807).
Lebih tidak beretika, profesor itu bukan hanya memaksa pelajar menyiapkan tesis untuk anaknya, tetapi juga diminta untuk mencuci pakaiannya.