Selain iPhone 6 yang hanya akan mula dijual pada 19 September di Amerika Syarikat, bagi anda peminat barangan Apple, lihat secara ringkas ciri-ciri yang ditawarkan sebelum mengambil keputusan drastik berbelanja ribuan ringgit untuk ciri-ciri yang anda sendiri tidak sedar sebenarnya wujud.
Tim Cook di majlis pengumuman produk terbaharu Apple Inc, pada Selasa - AFP
iPhone 6 (kiri) dan iPhone 6 Plus - Foto Apple.com
1. Dikeluarkan dalam dua saiz, kedua-duanya bersaiz paling besar dan yang paling nipis di antara semua model iPhone.
2. Saiz pertama iaitu 4.7 inci dipanggil iPhone 6.
3. Saiz kedua iaitu 5.5 inci dipanggil iPhone 6 Plus, yang bersaiz phablet namun lebih kecil dari keluaran pesaing Samsung Galaxy Note.
4. Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook tidak meneruskan pendirian pengasas Apple, Steve Jobs sebelum ini yang berpendapat bahawa telefon bimbit yang lebih kecil adalah lebih baik, namun iPhone 6 Plus tidak banyak diubah dari model terdahulu.
5. Menggunakan cip komputer 64-bit (Apple A8) membantu pemprosesan 25% lebih pantas.
6. Mempunyai kamera 8 megapixel (sama seperti 5S) dan ciri penstabilan imej.
7. Ciri kamera hadapan mempunyai sensor yang lebih baik.
8. Kedua-dua iPhone 6 mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama dari model terdahulu. (Bateri iPhone 6 Plus lebih tahan lama dari iPhone 6).
9. iPhone 6 dijual pada harga US$200 (RM640) 16GB, US$300 (RM960) 64GB dan US$400 (RM1280) untuk 128GB.
10. iPhone 6 Plus dijual dengan harga US$100 lebih mahal dari setiap jenis iPhone 6.
11. Kedua-dua jenis iPhone 6 akan beroperasi menggunakan iOS 8 yang boleh dimuat turun oleh semua pengguna iPhone bermula 17 Sept.
Hebat sangatkah sistem operasi iOS 8?
Ciri-ciri terbaharu iOS8 dikatakan memudahkan pengguna produk Apple - Foto Apple.com
1. Sistem operasi keluaran Apple Inc, iOS 8 hanya boleh dimuat turun oleh model iPhone bermula dari 4s hingga ke yang terbaharu, dan untuk peranti iPad adalah generasi iPad 2 hingga ke model yang terbaharu.
2. Mempunyai 8 ciri baru.
3. Ciri sunting dan mencari gambar yang diambil lebih cepat.
4. Boleh menghantar rakaman suara menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS)
5. Menyediakan aplikasi kesihatan yang membolehkan anda berkomunikasi antara satu sama lain atau dengan jurulatih atau doktor anda.
6. Menyediakan ciri papan kekunci yang baru serta lebih mudah.
7. Lebih mudah untuk mengendalikan aplikasi notifikasi.
8. Family Sharing - Membenarkan lebih dari 6 anggota keluarga berkongsi pembelian di laman iTunes dan aplikasi, berkongsi gambar, lokasi, tarikh penting dan banyak lagi.
9. iCloud Drive membenarkan anda bekerja di mana saja menggunakan mana-mana fail termasuk PDF, Imej atau apa saja dari komputer Mac atau PC anda.
10. Perkongsian dari iPhone, iPad dan Mac yang lebih baik. Anda boleh menjawab panggilan dari Mac atau Ipad serta menghantar SMS dari mana-mana peranti.
Apple Watch, harapkan gaya sahajakah?
Tidak seperti pesaing yang lain, Apple berjanji penggunanya akan mengalami pengalaman yang jauh berbeza - Foto Apple.com
1. Merupakan jam tangan yang menunjukkan waktu paling tepat.
2. Jika anda berada di luar negara, zon masanya akan bertukar secara automatik menggunakan sistem GPS tanpa perlu mengubahnya secara manual.
3. Setiap Apple Watch didatangkan dengan pelbagai rupa dan gaya yang boleh ditukar-tukar.
4. Boleh menggabungkan beberapa informasi seperti nota penting dan suhu cuaca di paparan skrin.
5. Boleh menjawab panggilan, membalas pesanan atau emel dan notifikasi secara mudah.
6. Dalam sekali imbas, anda boleh tahu siapa yang menghubungi anda dengan menetapkan nada dering berbeza untuk setiap individu.
7. Menawarkan cara baru berkomunikasi – secara melukis, walkie talkie, tap atau degupan jantung.
8. Aplikasi workout membantu aktiviti senaman anda.
9. Membantu mengira kalori anda.
10. Kalendar, Peta, Passbook, Music, Apple TV iTunes, remote camera dan Siri antara ciri yang tersedia di dalam iWatch.
Apple Pay, tiba masa tinggalkan dompet di rumah
1. Menerusi peranti terbaharu iPhone 6, Apple menambah ciri kemudahan pembayaran atas talian, iaitu Apple Pay.
2. iPhone 6 mempunyai antena Near Field Communication (NFC) dan cip keselamatan yang boleh menyimpan maklumat pembayaran.
3. Apple Pay setakat ini sudah bekerjasama dengan McDonald, Bloomingdale ,Whole Foods serta 220,000 peniaga yang mempunyai pembaca NFC.
4. Ciri keselamatannya disediakan melalui pengimbas cap jari dan maklumat kad kredit akan disimpan di dalam Passbook.
5. Apple pay boleh digunakan ke atas pengimbas kad kredit.
6. Boleh juga digunakan bersama Apple Watch.
7. Jika telefon bimbit anda hilang, guna aplikasi Find My Iphone di iCloud tukar peranti kepada Lost Mode untuk membekukan semua transaksi.