Pro Trump lancar usaha akhir sekat Biden

Astro Awani
Januari 3, 2021 08:36 MYT
Ted Cruz berucap ketika berkempen di Cumming, Georgia, AS, 2 Jan, 2021. REUTERS
SEKUMPULAN senator Amerika Syarikat melancarkan usaha terakhir bagi menyekat kemenangan Presiden dipilih Joe Biden.
Mereka menuntut penubuhan satu suruhanjaya siasatan bagi menyiasat dakwaan penipuan proses pengundian.
Kumpulan diketuai Senator Ted Cruz itu memohon lanjutan 10 hari sebelum presiden secara rasmi mengangkat sumpah jawatan.
Usaha ini bagaimanapun tidak akan berjaya.
Ini kerana, sebahagian besar senator sudah sedia memberi sokongan untuk undian pada 6 Januari depan.
Sehingga kini, Presiden Donald Trump masih belum mengaku kalah.
Beliau kekal dengan pendirian berlakunya penipuan, namun tanpa bukti kukuh.
Undi elektoral bulan lalu mengesahkan Biden menang dengan 306 berbanding 232.
#Donald Trump #Amerika Syarikat #presiden #siasatan #Joe Biden #Ted Cruz #suruhanjaya siasatan
;