Presiden wanita pertama Korea Selatan

Astro Awani
Disember 19, 2012 06:43 MYT
Park Geun-Hye mencipta sejarah sebagai wanita pertama Korea Selatan dipilih menjadi presiden negara itu.
Ghen Hye berjaya mengalahkan pencabarnya dengan memperoleh kemenangan tipis, 51.6 peratus undi.
Dalam pertandingan dua penjuru antara parti konservatif dan liberal calon pembangkang, Moon Jae In hanya mendapat 48 peratus undi.
Pada pilihan raya presiden kali ini, ia menyaksikan peningkatan peratusan keluar mengundi yang mencecah 75 peratus.
Ia 12 peratus lebih tinggi berbanding pemilihan pada 2007.
Proses demokrasi kali ini menyaksikan isu pendemokrasian ekonomi dan hubungan dua Korea mendominasi sentimen pengundi.
Rakyat mendesak langkah segera diambil untuk merapatkan jurang ekonomi masyarakat yang semakin luas serta mewujudkan peluang pekerjaan.
#Konservatif #Korea Selatan #liberal #Park Guen Hye #Presiden Wanita #Seoul
;