Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc letak jawatan - Media rasmi

Bernama
Januari 17, 2023 19:13 MYT
Beliau yang membuat keputusan itu atas kehendak peribadinya mengumumkan peletakan jawatan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat CPV. - Reuters
HANOI: Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan dan berundur daripada Biro Politik dan Jawatankuasa Pusat ke-13 Parti Komunis Vietnam (CPV), Xinhua memetik laporan Agensi Berita Vietnam pada Selasa.
Beliau yang membuat keputusan itu atas kehendak peribadinya mengumumkan peletakan jawatan itu pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat CPV pada Selasa, kata agensi berita rasmi itu.
Phuc dipilih sebagai presiden Vietnam pada April 2021.
Awal bulan ini, dua timbalan perdana menteri Pham Binh Minh dan Vu Duc Dam juga telah disingkirkan daripada Jawatankuasa Pusat ke-13 CPV pada mesyuarat luar biasa jawatankuasa itu.
Badan perundangan tertinggi meluluskan penyingkiran mereka dan pelantikan dua pemimpin baharu dibuat tidak lama selepas itu.
-- BERNAMA
#presiden vietnam #letak jawatan #Nguyen Xuan Phuc #politik
;