Presiden Ukraine tuduh Rusia sokong operasi Hamas

Agensi
Oktober 10, 2023 05:00 MYT
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menuduh Rusia menyokong operasi Hamas dalam konfliknya dengan Israel.
PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menuduh Rusia menyokong operasi Hamas dalam konfliknya dengan Israel.
"Kami sangat yakin Rusia menyokong secara langsung atau lain (dalam) operasi Hamas," kata Zelenskyy dalam satu wawancara dengan saluran televisyen France 2.
"Rusia benar-benar cuba mengambil tindakan yang merosakkan seluruh dunia."
Zelenskyy turut mendakwa, konflik yang berlaku di Israel dan Gaza merupakan ancaman untuk mengalihkan perhatian daripada perang di negaranya sendiri.
"Terdapat risiko bahawa perhatian antarabangsa akan berpaling dari Ukraine dan ia akan menyebabkan terdapat pelbagai kemungkinan."
Tragedi yang mempengaruhi Ukraine dan Israel juga disifatkan Zelenskyy "berbeza tetapi kedua-duanya sangat besar." - Agensi
#Palestin-Israel #Volodymyr Zelenskyy #Ukraine tuduh Rusia #sokong Hamas serang Israel
;