Presiden AS ucap selamat menyambut Hari Asyura kepada dunia Islam

Bernama
Julai 30, 2023 01:40 MYT
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengucapkan selamat menyambut hari Asyura kepada dunia Islam. - Gambar fail AP
ANKARA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu mengucapkan selamat menyambut hari Asyura kepada dunia Islam, lapor Agensi Anadolu (AA).
Menerusi akaun Twitternya, Biden dan isterinya Jill Biden "mengucapkan selamat menyambut Asyura kepada umat Islam di seluruh dunia yang meraikannya dan menghormati nilai-nilai pengorbanan, keadilan, dan kesaksamaan untuk semua."

Jill and I recognize our Muslim friends and neighbors around the world observing Ashura and honoring the values of sacrifice, justice, and equality for all.

— President Biden (@POTUS) July 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hari Asyura jatuh pada hari ke-10 dalam bulan Islam Muharram sebagai memperingati peristiwa Karbala.
Pada hari itu dalam tahun ke-61 kalendar Islam, cucu Nabi Muhammad SAW Al-Hussein bersama 72 sahabat sejatinya terbunuh dalam pertempuran Karbala. - BERNAMA
#presiden as #Joe Biden #Hari Asyura #Muharram