Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan meninggal dunia
Agensi
Mei 13, 2022 21:39 MYT
Mei 13, 2022 21:39 MYT
PRESIDEN Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.
Allahyarham yang juga Pemerintah Abu Dhabi meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Perkara berkenaan diumumkan oleh Agensi Berita Emiriah (WAM). Beliau dilahirkan pada 1948 dan menaiki takhta Abu Dhabi pada 2004.
Di bawah Perlembagaan, Naib Presiden dan Perdana Menteri Sheikh Mohammed Bin Rashid Al-Maktoum, yang juga pemerintah Dubai, akan bertindak sebagai Presiden sehingga Majlis Persekutuan yang mengumpulkan Pemerintah Tujuh Emiriah bermesyuarat dalam tempoh 30 hari untuk memilih presiden baharu.