Presiden UAE beri pengampunan ke atas warga Bangladesh terlibat protes
Bernama
September 3, 2024 21:45 MYT
September 3, 2024 21:45 MYT
ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengarahkan pengampunan kepada warga Bangladesh yang terlibat dalam protes dan gangguan bulan lepas di beberapa tempat di negara itu.
Agensi Berita Emirates (WAM) melaporkan keputusan itu termasuk membatalkan hukuman mereka yang disabitkan kesalahan dan mengatur pengusiran mereka.
Selaras dengan arahan Baginda, Dr Hamad Al Shamsi, Peguam Negara UAE, mengeluarkan perintah untuk menghentikan pelaksanaan hukuman dan memulakan prosedur pengusiran.
Peguam Negara juga menyeru semua penduduk UAE untuk menghormati undang-undang negara, menekankan bahawa hak untuk menyatakan pendapat dilindungi oleh negara dan kerangka undang-undangnya.
Beliau menekankan bahawa negara itu menyediakan cara yang sah untuk menyatakan pandangan, memastikan hak itu tidak bertukar menjadi tindakan yang boleh membahayakan kepentingan negara dan rakyatnya.
-- BERNAMA