Presiden Turkiye tuduh pembangkang cetus provokasi sendiri

Astro Awani
Mei 8, 2023 07:30 MYT
Tinjauan pendapat mendedahkan Erdogan berdepan cabaran terbesar mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya kali ini. - Foto fail/REUTERS
ANKARA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menuduh pihak pembangkang melakukan provokasi dan memihak kepada pengganas menjelang pilihan raya negara itu 14 Mei ini.
Beliau memberi bayangan konfrontasi melibatkan insiden lempar batu ketika rapat umum pilihan raya pembangkang sebelum ini dicetuskan lawannya.
"Pihak pembangkang cuba memfitnah kami tanpa rasa malu dengan mencetuskan insiden konfrontasi mereka sendiri," katanya.
Pada Ahad, penunjuk perasaan melempar batu ke arah Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu, anggota parti pembangkang.
Immomaglu merupakan calon Naib Presiden sekiranya Parti Republikan Rakyat (CHP) menang Pilihan Raya Presiden.
Tinjauan pendapat mendedahkan Erdogan berdepan cabaran terbesar mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya kali ini.
#pilihan raya Turkiye #Recep Tayyip Erdogan #provokasi #pembangkang
;