Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan tiba di Tehran pada Rabu bagi mengadakan rundingan penting dengan pegawai kanan Iran, lapor agensi berita China Xinhua.

Pada lawatan sehari itu, Erdogan akan bertemu rakan sejawatannya Hassan Rouhani dan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei untuk berbincang berkaitan hubungan dua hala serta isu serantau dan antarabangsa.

Erdogan dan Rouhani juga akan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat kelima Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi Turki-Iran.

Kunjungan itu atas undangan Presiden Rouhani ekoran pungutan suara menuntut kemerdekaan oleh puak Kurdish baru-baru ini, isu yang mencetuskan kebimbangan kedua-dua negara terbabit.

-- BERNAMA