Presiden Turki kutuk tindakan Biden lulus penjualan senjata kepada Israel

Bernama
Mei 18, 2021 12:30 MYT
"Anda telah memaksa kami bersuara. Kami tidak boleh berdiam lagi mengenai hal ini," kata Erdogan kepada petadbiran Biden. - Reuters
ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin mengecam rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kerana meluluskan penjualan senjata kepada Israel, lapor agensi berita Xinhua.
Presiden AS "melakarkan sejarah dengan tangan berdarah dalam insiden ini ketika Gaza diserang secara keterlaluan," kata Erdogan pada sidang media yang mengulas mengenai pertempuran antara Israel dan Palestin baru-baru ini.
"Anda telah memaksa kami bersuara. Kami tidak boleh berdiam lagi mengenai hal ini," tambahnya.
"Bumi Palestin dibanjiri dengan darah dan kekejaman. Anda turut menyokongya," kata Erdogan.
Pada awal pagi, kerajaan AS dilaporkan meluluskan penjualan senjata berpandu bernilai AS$735 juta kepada Israel.
-- BERNAMA
#Presiden Turki #Reccep Tayyip Erdogan #Joe Biden #presiden as #Amerika Syarikat #senjata #Israel #Palestin #Gaza
;