Presiden Tanzania John Magufuli meninggal dunia

Astro Awani
Mac 17, 2021 21:37 MYT
Magufuli meninggal dunia di hospital disebabkan komplikasi jantung pada usia 61 tahun. -Reuters
DODOMA: Tanzania kehilangan presidennya apabila John Magufuli meninggal dunia di Dar es Salaam.
Beliau meninggal dunia di hospital disebabkan komplikasi jantung.
Mendiang berusia 61 tahun.
Kematian Magufuli diumumkan naib presiden Samia Suluhu.
Katanya, Tanzania akan berkabung selama 14 hari dengan bendera dikibarkan separuh tiang.
Magufuli tidak muncul di khalayak sejak lebih dua minggu lepas, mengundang spekulasi mengenai tahap kesihatannya.
Sebelum ini, pembangkang mendakwa mendiang dijangkiti COVID-19, tetapi berita itu tidak disahkan.
Semasa hayatnya, Magufuli antara pemimpin Afrika yang skeptikal dengan rawatan moden untuk menangani COVID-19, sebaliknya menggesa rakyat beralih kepada rawatan herba dan amalkan doa-doa tertentu.
Berdasarkan perlembagaan Tanzania, Naib Presiden akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden baharu nanti untuk menghabiskan penggal lima tahun Magufuli yang bermula tahun lepas.
#presiden #komplikasi jantung #bendera separuh tiang #tanzania #John Magufuli #Samia Suluhiu