Presiden Syria, Bashar Al Assad masih enggan berunding di Geneva

Agensi
Disember 12, 2017 07:11 MYT
Sekiranya perbincangan di Geneva tidak diendahkan Bashar, beliau diharap akan turut serta dalam siri rundingan yang ditaja Rusia dan Turki di Sochi. - Foto SANA/Handout via REUTERS
Kumpulan pembangkang Syria mendesak Rusia agar dapat meyakinkan Presiden Bashar Al Assad ke meja rundingan.
Desakan itu menyusul beberapa siri runidngan yang ditaja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva yang tidak diendahkan Bashar.
Jurucakap pembangkang berkata siri rundingan yang memasuki pusingan ke-lapan di Geneva acapkali terganggu ekoran ketidakhadiran pemimpin utama Syria itu.
"Kita akui bahawa Geneva adalah tempat untuk membincangkan perkara-perkara politik dan sumbangan lain harus diteliti bersama dalam perbincangan di Geneva.
"Sehingga hari ini juga kami akui bahawa rejim Bashar tidak berminat untuk terlibat dalam proses rundingan politik di Genva dan sentiasa cuba mencari alasan untuk tidak terlibat," jelasnya juriucakap Yahya Aridi selepas pertemuannya bersama Wakil Khas PBB ke Syria Staffan De Mistura pada Selasa.
Tambahnya jika perbincangan di Geneva tidak diendahkan Bashar, beliau berharap agar pemimpin itu akan turut serta dalam siri rundingan yang ditaja Rusia dan Turki di Sochi.
Rundingan di Sochi adalah siri rundingan lanjut yang telah diadakan di Astana, Kazakhstan bulan lalu.
"Kami sedia maklum dan kami berharap Presiden Rusia Vladimir Putin berminat untuk melakukan proses sama di Geneva.
"Namun jika Rusia tetap mahu mengadakan rundingan di Sochi atau di mana-mana sekalipun, kami mengharapkan rundingan tersebut beroleh kejayaan kerana kami terlibat secara langsung di kedua-dua siri rundingan," jelasnya.
#Astana #Bashar Al Assad #Geneva #PBB #pembangkang #presiden #Rusia #Syria #Vladimir Putin
;