Presiden Singapura akan hadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles III di London

Bernama
Mei 3, 2023 16:27 MYT
Menurut kenyataan MFA republik itu Halimah akan ditemani pasangannya Mohamed Abdullah Alhabshee dan pegawai dari Pejabat Presiden dan MFA. - Gambar Reuters/Samrang Pring
SINGAPURA: Presiden Singapura Halimah Yacob akan berada di London, United Kingdom (UK) selama empat hari mulai Khamis (4 Mei) untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles III dan Ratu Camilla pada Sabtu (6 Mei) atas jemputan kerajaan UK.
Menurut kenyataan Kementerian Luar (MFA) republik itu Halimah akan ditemani pasangannya Mohamed Abdullah Alhabshee dan pegawai dari Pejabat Presiden dan MFA.
Semasa di London, Halimah akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong dan Presiden Fiji Ratu Wiliame Katonivere.
Halimah juga akan menghadiri majlis resepsi yang dianjurkan untuk warga Singapura Luar Negara yang berpangkalan di UK.
Semasa ketiadaan beliau, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Eddie Teo, akan menguruskan tugas Pejabat Presiden.
-- BERNAMA
#Kementerian Luar #Raja Charles III #Singapura #United Kingdom
;