Presiden Putin dakwa ada negara asing sengaja lancar serangan dron

Astro Awani
Januari 11, 2018 06:47 MYT
Serangan dron itu dilancarkan ke atas dua pangkalan tentera Rusia di Syria. Gambar fail
Presiden Rusia Vladimir Putin mendakwa ada negara asing melancarkan serangan dron bagi mengancam perjanjian antara Rusia, Turki dan Iran yang dibuat bagi mengurangkan ketegangan di Syria.
Putin menegaskan beliau tahu pihak di sebalik serangan itu tetapi enggan menamakannya.
Serangan dron itu dilancarkan ke atas dua pangkalan tentera Rusia di Syria.
Ia juga dikatakan punca ketegangan antara Rusia dan Turki.
Putin menyifatkan serangan tersebut sebagai satu provokasi.
Kata Putin, dron tersebut mempunyai elemen teknologi tinggi dan membolehkan paparan satelit tepat serta mampu menembak peluru.
#dron #Iran #Rusia #serangan #Syria #Turki #Vladimir Putin
;