Presiden Peru, Pedro Castillo ditahan selepas umum bubar Kongres

Bernama
Disember 8, 2022 17:48 MYT
Castillo sebelum ini terselamat dalam dua usul pemecatan terhadapnya. - Gambar/ Twitter
BOGOTA (Colombia): Presiden Peru Pedro Castillo ditahan pada Rabu, beberapa jam selepas beliau mengumumkan pembubaran sementara Kongres.
Castillo dalam ucapan di televisyen berkata beliau akan menuntut pilihan raya Kongres untuk meluluskan perlembagaan baharu. Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum Kongres memulakan perbicaraan pemecatan beliau.
Beliau ditahan selepas menyampaikan ucapan, lapor Agensi Anadolu.
Sementara itu, ahli parlimen tetap mengundi untuk memecatnya yang menyaksikan Dina Boluarte dinamakan sebagai calon presiden.
Pembubaran Kongres menerima kecaman daripada parti-parti politik termasuk parti Peru Libre, diikuti beberapa siri peletakan jawatan anggota Kabinet.
Castillo sebelum ini terselamat dalam dua usul pemecatan terhadapnya. Beliau disiasat atas dakwaan melakukan jenayah berkaitan "organisasi penjenayah," namun Castillo menafikan dakwaan itu dengan mengatakan "kumpulan berkepentingan ekonomi" sedang berusaha untuk menggulingkannya.
Peru mempunyai lima presiden sejak 2016 termasuk Castillo yang dipilih untuk berkhidmat dari 2021 - 2026.
Pada 2018, Pedro Pablo Kuczynski turut berdepan usul pemecatan tetapi meletak jawatan sebelum pengundian.
-- BERNAMA
#Cuba #Pedro Castillo #kongres #Presiden Peru ditahan
;