Presiden Perancis, Ketua Suruhanjaya Eropah adakan lawatan ke China

Bernama
April 5, 2023 22:25 MYT
Lawatan itu berlangsung dari 5 hingga 7 April atas undangan Presiden China Xi Jinping. - Gambar Astro AWANI
MOSCOW: Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen akan memulakan lawatan rasmi tiga hari ke China mulai Rabu.
Lawatan itu berlangsung dari 5 hingga 7 April atas undangan Presiden China Xi Jinping.
Kedua-dua pihak dijangka membincangkan konflik Ukraine serta perkembangan masa depan hubungan China dan Perancis serta Kesatuan Eropah, lapor Xinhua.
Macron juga akan bertemu Perdana Menteri Li Qiang dan pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Zhao Leji serta melawat bandar Guangzhou di wilayah selatan Guangdong China.
-- BERNAMA
#China #Emmanuel Macron #Kesatuan Eropah #lawatan rasmi
;