Presiden Perancis bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya mengejut
Agensi
Jun 9, 2024 07:10 MYT
Jun 9, 2024 07:10 MYT
PARIS: Presiden Perancis, Emanuel Macron pada Ahad membubarkan Parlimen sekali gus bagi memberi laluan kepada pilihan raya perundangan secara mengejut selepas partinya mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya Parlimen Eropah.
Dalam ucapan dari istana presiden Elysee, Macron berkata: “Saya telah memutuskan untuk memberikan anda kembali pilihan masa depan Parlimen kita melalui undian. Oleh itu saya membubarkan Dewan Negara.”
Menurut beliau, undian akan diadakan secara dua pusingan iaitu pada 30 Jun dan 7 Julai.
Tindakan ini dilakukan selepas keputusan awal yang dijangkakan dari Perancis pada hari Ahad menunjukkan parti sayap kanan jauh, National Rally, mendahului dalam pilihan raya parlimen Kesatuan Eropah, mengalahkan golongan centris pro-Eropah yang disokong oleh Macron, menurut institut tinjauan pendapat Perancis. - Agensi