Presiden Perancis beri amaran serangan darat Israel ke atas Gaza akan jadi satu 'kesilapan'
Agensi
Oktober 25, 2023 07:30 MYT
Oktober 25, 2023 07:30 MYT
KAHERAH: Emmanuel Macron awal-awal lagi memberi peringatan rancangan Israel untuk melancarkan serangan darat ke atas Gaza akan menjadi satu ‘kesilapan.’
Bercakap dari Kaherah, Mesir, Presiden Perancis itu berkata, serangan Israel itu kelak hanya akan membahayakan orang awam tanpa menjamin keselamatan jangka panjang Israel.
Namun begitu, Macron mengulangi pendirian Perancis yang Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka.
“Mengenai serangan darat, ia semata-mata mensasarkan pasukan pengganas, itu pilihan yang ada, namun, jika operasi besar-besaran dilancarkan kelak hanya akan membahayakan masyarakat awam, justeru saya berpendapat ia akan menjadi satu kesilapan kepada Israel,” tegas Macron. - Agensi