Presiden Pakistan menggesa kerajaan memerangi isu militant
Astro Awani
Jun 11, 2013 08:20 MYT
Jun 11, 2013 08:20 MYT
Presiden Pakistan Asif Ali Zardari menggesa kerajaan baru yang dipilih rakyat supaya memerangi isu militan di negara itu.
Beliau menyifatkan militan sebagai salah satu masalah besar yang perlu diselesaikan secara kolektif dan jujur oleh kepimpinan baru diterajui Nawaz Shariff.
Ucapan tersebut disampai beberapa jam selepas sebuah konvoi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang membawa bekalan kepada pasukan tentera di Afghanistan diserang.
Asif menyampaikan ucapan terakhirnya di parlimen sebelum melepaskan jawatan Presiden Pakistan.
Sebelum ini, Parti Liga Kebangsaan Muslim Pakistan pimpinan Nawaz Sharif memenangi pilihan raya.
Dalam pilihan raya 11 Mei itu, parti Pimpinan Nawaz menang 176 daripada 342 kerusi parlimen.
Nawaz berikrar memulihkan ekonomi negara itu disamping berusaha berunding dengan pihak taliban dan kumpulan militan lain.