Presiden Nigeria Tinubu rombak Kabinet
Bernama
Oktober 24, 2024 16:45 MYT
Oktober 24, 2024 16:45 MYT
ABUJA: Presiden Nigeria Bola Tinubu merombak barisan Kabinetnya pada Rabu dengan memecat lima menteri dan melantik menteri baharu, lapor Xinhua.
Menteri-menteri yang dipecat termasuk menteri pendidikan, pelancongan, pembangunan belia, hal ehwal wanita, serta menteri negara bagi perumahan dan pembangunan bandar, kata jurucakap kanan presiden, Bayo Onanuga dalam satu sidang media selepas mesyuarat Kabinet.
Presiden Tinubu melantik menteri-menteri baharu dan memindahkan beberapa pegawai ke kementerian lain.
Pelantikan ini masih menunggu kelulusan daripada Senat Nigeria.
-- BERNAMA